Assalamulaikum kepada para pembaca yang dikasihi..semoga antum dirahmati Allah selalu. Dah agak lama saya tak update blog ni kan ? Saya mulakan entry kali ini dengan gambar di bawah. Apa yang anda fikirkan apabila melihat batu2 ini? keseimbangan?...keajaiban?...penipuan? Bagi saya..ia membawa maksud keredhaan kita kepada ketentuanNya...kita sebagai manusia yang lemah, tak mungkin melawan ketentuan Allah...Sebagai seorang muslim mukmin muttaqin, seseorang itu haruslah melatih jiwa menerima ketentuan Allah padanya, walaupun pahit. Sesungguhnya sudah sunnatullah, ujian Allah akan tiba pada setiap orang mukmin, dalam pelbagai bentuk, dari arah yang tak disangka-sangka. Kita hanya boleh berdoa, agar kita tidak gugur dari jalanNya sementara diuji...agar ujian itu menguatkan kita, meningkatkan darjat kita di sisiNya...
Allah telah menganugerahkan sesuatu yg istimewa pada saya. Sesuatu yang pasti akan mengubah kehidupan saya, yang mendekatkan saya padaNya. Kepada yang pernah membaca entry saya yang lalu bertajuk 'Bangunlah wahai jiwa', anda sudah tahu berkenaan kisah seorang senior yang diuji Allah dengan penyakit kanser. Sungguh tidak disangka. Baru-baru ini, saya telah dipilih oleh Allah untuk melalui ujian yang hampir sama... MasyaAllah..indahnya penyusunanMu ya Rabb…
Namun, syukur pada Allah, kanser ini tergolong dalam kanser yang boleh diubati. Sebelum penemuan rawatan kemoterapi, kanser jenis ini memang membawa kepada kematian, namun kini setelah wujudnya rawatan kemoterapi, dengan izin Allah, ia sudah boleh diubati. Berbeza dengan arwah senior saya itu, kansernya tidak bertindak balas kepada rawatan.
Saya juga bersyukur pada Allah, kerana saya dapat tahu tentang perkara ini ketika saya sedang bercuti panjang. Dengan izin Allah, kali ini fakulti memberi cuti paling panjang pernah diberi, iaitu 3 bulan, kerana ingin seragamkan takwim universiti. Jadi, saya dapat menjalani rawatan dengan sempurna, tanpa perlu memikirkan masalah ketinggalan dalam pelajaran. Saya bakal menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan,dan mungkin juga jalani kemoterapi. Tempoh 3 bulan agak mencukupi untuk semua itu, untuk saya sembuh sepenuhnya dan kembali belajar seperti biasa...
Namun begitu, masa depan tiada siapa boleh katakan dengan yakin yang dia tahu apa akan berlaku padanya. Aku berserah padaMu ya Allah...untuk meletakkan aku di bawah rahmat dan kasihMu.
Mohon doa para pembaca budiman...mengiringi perjuangan saya ini...Semoga Allah rahmati antum...wallahua'alam...
No comments:
Post a Comment