Assalamualaikum w.b.t,
Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'n, serta para mujahidin yg syahid di jalan Allah di seluruh dunia. Semoga roh mereka sentiasa dilimpahi rahmat dan kasihNya.
Saya adalah orang baru dalam dunia blog..terdetik hati utk mencuba setelah melihat ia medium yg amat baik utk saya belajar berkomunikasi dgn masyarakat, berkongsi pengalaman, memohon pandangan dan nasihat dari org yg lebih arif dari saya... Niat saya satu, semoga sepanjang pengendalian blog ini, walaupun ia tidak menjadi ikutan ribuan insan, semoga ia mampu menjadi salah satu sumber bekalan pahala di akhirat kelak..
Saya bukanlah seorang yg puitis berkata-kata, atau bijak mengutarakan pandangan bernas, tapi saya terpanggil utk berkongsi dgn pembaca apa yg telah, sedang, dan akan saya lalui sepanjang jihad saya di medan perubatan ini. Kini saya masih belajar. Tahun 4 dlm program sarjana muda perubatan dan surgeri di sebuah IPTA tempatan. Impian saya supaya suatu hari nanti, saya dapat menjadi seorang doktor muslimah yang terbaik. Saya memohon agar doa para pembaca dapat mengiringi saya sepanjang perjalanan penuh liku ini...
InsyaAllah saya akan berusaha mencari masa utk menulis sesuatu di dalam blog ini, sama ada dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. Diharap pembaca dpt menyokong usaha saya yg tidak seberapa ini. Sekian sahaja utk kali ini...wassalam.
No comments:
Post a Comment