Assalamualaikum...dear readers..
Hari ni, mood menulis bahasa melayu pula. Hehe..harap anda tak pening baca. Saya sengaja menulis blog dalam dwi-bahasa, kerana berhasrat untuk mengasah kebolehan menulis di dalam kedua-dua bahasa. Orang-orang Bahasa tolong tegur ya kalau ada salah di mana-mana...
Saya terpanggil untuk berkongsi tentang pengalaman saya hari ini. Hari ini adalah hari ketiga saya menjalani posting "General Practitioner'. Ternyata sebuah posting yang mempunyai kistimewaaan tersendiri. Bukan sahaja dapat belajar tentang penyakit-penyakit yang biasa dijumpai di dalam konteks 'Primary Care', tetapi juga berpeluang berkenalan dengan doktor-doktor GP yang hebat-hebat insyaAllah..
Klinik tempat saya belajar ini, amat istimewa. Dikendalikan sepenuhnya oleh doktor muslim dan muslimah, ia menerapkan keseimbangan jasmani, ruhi, dan aqli dm perkhidmatannya, dan pengurusannya. Satu budaya yang tidak terdapat di klinik lain, setiap minggu akan diadakan majlis ilmu/tazkirah untuk semua warga kerjanya, dengan menjemput ustaz-ustaz yang bertauliah, menyampaikan ceramah ilmiah. Pengisian jiwa yang berterusan ini dilihat mereka sebagai sesuatu yg penting bagi memastikan keimanan dan ketaqwaan di dalam jiwa mereka terpelihara dan tertingkat. Dengan itu, menjamin kualiti kerja mereka, dan menjamin keberkatan dan pahala..
Ternyata, usaha yang tidak sia-sia. Apabila iman dan taqwa wujud dalam diri seseorang, secara tidak langsung, dia akan menjadi seseorang yang akan melakukan yang terbaik dalam segala yang dia lakukan. Tanpa perlu menunggu disogok dengan bonus dan insentif, baru nak meningkatkan prestasi diri. Sebaliknya melakukan sesuatu perkara dengan baik kerana ingin mengejar ganjaran akhirat yang kekal...
No comments:
Post a Comment