Wednesday, November 2, 2011

Salam Aidil Adha..



Assalamualaikum para pembaca, apa khabar iman anda hari ini? Sama-sama kita perbaharui dan pertingkatkan...^_^


Alhamdulillah, kini tiba lagi musim haji.. Tak lama lagi raya haji, atau nama lain perayaan Aidiladha. Walaupun sedih tak dpt beraya dengan suami tercinta, setelah apa yang dilalui, ummu bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan hidup di dunia ini. Suami ummu alhamdulillah tahun ni berpeluang menunaikan haji buat kali ke-3. Ummu bila agaknya? huhu. Itulah beruntungnya suami belajar di tanah haram. Tiap-tiap tahun boleh tunaikan haji, dan bila-bila pun boleh tunaikan umrah. Semoga suamiku sentiasa di bawah pemeliharaanNya. InsyaAllah ummu pula akan mengunjungi baitullah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Doakan lah yaa...


Kali ini ummu ingin berkongsi dengan anda tentang fadilat Aidiladha. Dipetik dari sebuah blog ilmiah. Semoga bermanfaat.

AIDILADHA: MAKIN RAMAI MELUPAKAN FADILATNYA


Aidiladha  yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. 


Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah. 


Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri." 

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al Maidah, ayat 48) 


Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama. 


Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari. 


Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha. 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi) 


Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban. 


Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37) 


Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya. 


Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah. 


Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam. 


Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi. 


Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan. 


Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha. 


Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban. 


Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha. 


Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27) 


Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah. 


Wednesday, October 19, 2011

Aku belajar KeranaMu ya Rabb

Assalamualaikum semua..^_^

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 5 bulan berlalu sejak peristiwa yg mengubah hidupku. Kini dah selamat menyambung pelajaran. Walaupun pada mulanya berada dalam dilema, sama ada nak sambung belajar dan gagal satu posting (tak dapat ambil exam final posting sebab kehadiran <50%, MC dikira tak hadir dalam medical school), atau tangguh pengajian setahun. Ummu pilih sambung.Bak kata abah, "It is the fight that satisfies and keeps us alive, not by giving up." Biarlah dalam rekod umu ada gagal satu, dari umu duduk rumah tak buat apa-apa setahun, atau pergi belajar juga dengan kawan-kawan tapi tak boleh ambil exam. Aaah! I become frustrated just thinking about it.

Secara jujurnya, sejak cuti sakit lebih 4 bulan disebabkan rawatan kanser yang dihidapi, semangat belajar seolah-olah luntur. Ummu yang dulu sangat suka belajar dan mengajar orang (ummu leader study group), dah tak rasa seronok lagi. Pernah rasa macam nak tukar bidang. Ambil nursing ke, jadi cikgu ke. Kadang-kadang sampai rasa nak berhenti belajar medik pun ada. Sebab dah lama sangat terlantar di hospital kot. Ntah la...Rasa berat sangat untuk kembali ke fakulti. Tapi jauh di sudut hati ni, ummu tahu apa yang ummu fikirkan masa tu bukanlah kehendak diri ummu yang sebenar. Haha. Kalau bagi tahu kawan-kawan batch ummu yang ummu boleh rasa 'malas' belajar mesti diorang tak percaya.

Fikir punya fikir, sampai pening kepala, akhirnya dapat buat keputusan.Ummu nak sambung belajar macam kawan-kawan ummu yang lain. Nak graduate sekali dengan mereka.Tapi ummu kena kuatkan semangat. Kadang-kadang rasa sedih datang juga, sebab ummu tak pernah gagal sebelum ini. I was an honour student dari time buat foundation sampai tahun 4. Always Allah bagi result exam among the best. Agaknya, kali ni Allah nak bagi ummu rasa apa perasaan orang yang gagal, betapa sukarnya nak bangkit semula selepas kegagalan. Dulu ummu bagi nasihat pada kawan-kawan yang gagal, untuk kuatkan semangat mereka teruskan belajar medik yang susah ni. Sekarang, ummu kena ingat balik kata-kata ummu pada mereka, It is now time to practice what I preach.

Alhamdulillah. Walaupun ummu terpaksa menggagalkan posting pertama (orthopedik), posting-posting akan datang ummu akan berusaha untuk cemerlang! Bermula dengan posting keduaku, pediatrik. Ingatlah, aku di universiti belajar kerana Allah..Kerana ini tanggungjawabku. Allah beriku aqal untuk berfikir. Allah beri peluang. Maka belajar ini adalah amanah Allah. Bukan lagi pilihan sesuka hati. Amanah kena buat dengan sebaik mungkin. Supaya nanti tak dipersoalkan di akhirat sebab tak laksanakan tanggungjawab dengan baik. Ummu kena belajar rajin-rajin, berusaha semaksima, supaya nanti bila dah graduate, boleh jadi seorang doktor yang berguna pada islam. Sekurang-kurangnya, bila tiba waktu umat islam memerlukan bantuan, walaupun ummu tak ada harta berjuta-juta nak infaq, atau ada kemahiran angkat senjata nak berjuang di medan perang, ummu ada kepakaran perubatan nak disumbangkan.

Impianku, suatu hari nanti, Allah kurniakan syahid padaku semasa berjihad di jalanNya.. Semoga kita semua dapat merasai nikmat syahid fi sabilillah..Ameen..

Sunday, September 25, 2011

Sabar dan Syukur

Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…
Segala puji buatMu ya Allah, atas segala nikmat yang telah kau kurniakan padaku. Kini aku sedar ya Allah, Setiap detik yang berlalu, setiap nafasku kini, adalah rahmatMu..

Astaghfirullahal a’zim…Astaghfirullahal a’zim.. Astahfirullahal a’zim…
Aku memohon keampunanMu ya Allah, atas dosa-dosaku... Dosa yang ku lakukan dalam sedar atau tidak..Sesungguhnya hambaMu ini amat lemah.. Jauhkanlah aku dari mengkufuri nikmatMu ya Allah..

Assalamualaikum w.b.t., salam rindu dari Ummu Atiyah. ^_^ Apa khabar semua pembaca? Setelah sekian lama menyepi tanpa entry baru, Ummu Atiyah kembali dengan semangat baru!

Alhamdulillah, sudahpun selesai menjalani rawatan chemotherapy terakhir bulan lalu. Kini hanya perlu follow-up dari semasa ke semasa untuk monitor level tumour marker di dalam darah saya. Cabaran kini adalah untuk ‘bangkit semula’. Kembali kepada kehidupanku dulu, kembali mencari diriku. Sudah tentu Ummu Atiyah sekarang tak sama 100% seperti Ummu Atiyah dulu. Apa yang telah berlaku selamanya akan meninggalkan kesan dalam jiwa. My only hope is that the experience would make me a better person and not otherwise.

Pengalamanku sebagai pesakit kanser banyak mengajar erti hidup di bumi Allah yang sementara ini. Betapa manusia ini sungguh kerdil. No matter how hard we try to plan our lives, in the end He is the absolute planner.
Sabar dan syukur. Dua perkara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupku sejak lima bulan yang lepas, dan pengalaman telah mengajarku erti sebenar kedua-dua perkataan ini.

Dulu aku pernah berjumpa orang yang diuji oleh Allah dengan ujian berat, aku telah memujuknya dgn kata-kata, “Sabarlah… Allah sayang anti, sebab tu Allah pilih anti untuk diuji. Allah nak bagi pahala lebih..”. Kini saat diri sendiri diuji, baru kusedari,bukan mudah mempraktikkannya bila yang diuji itu diri kita. Mudahnya menuturkan ‘sabar’ tapi mempraktikkannya amat sukar. Saat diri lemah, dan air mata tumpah tanpa dipaksa, teringat kembali kata-kata sabar yang kuucapkan pada orang lain… Lalu teringat maksud ayat hafazan satu ketika dulu;

“Wahai orang-orang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3)

Astaghfirullahal A’zim… segera diusapi air mata di pipi… Janganlah sampai dibenci tuhanmu wahai diri.. Kuingat kembali pesan umiku sayang, bila rasa sedih, banyakkan istighfar. Ingat kembali nikmat yang Allah dah beri pada kita dan syukurinya. Benarlah kata umi, kita selalu sedih atas apa yang Allah ambil dari kita, dan lupa untuk bersyukur dengan banyak lagi perkara lain yang Allah dah beri percuma. Yang Allah ambil tu pun hak Dia. Harta, pangkat, hinggalah nyawa ini milik Allah. Jadi aku hanya hilang nikmat kesihatan buat sementara. Tapi aku masih dilimpahi rahmat dan kasihNya, melalui ibu dan ayah yang sangat menyayangiku dan dikurniakan seorang suami yang mencintaiku… aku masih diberi akal yang sihat dan waras, masih mampu berjalan, melihat, mendengar…Masih ada peluang untuk sembuh. Mengingati kembali pemberian Allah inilah antara yang telah menjadi sumber kekuatan diri untuk terus sabar sepanjang diuji dengan rawatan chemotherapy yang begitu lama serta kesan-kesannya yang memeritkan.

Tidak lama setelah selesai chemotherapy, ujian seterusnya tiba. Suamiku harus pergi berjuang. Dia perlu kembali ke Madinah untuk menyambungkan pengajiannya dalam bidang syariah. Perkahwinan yang baru berusia sebulan lebih kini harus melalui ujian perhubungan jarak jauh. Allah sahaja yang tahu apa yang ada di hatiku saat menghantar si dia berlepas di lapangan terbang. Melihatkan bilik yang kosong, dan pakaiannya yang ditinggalkan, air jernih menitis kembali. Sekali lagi pesan umi menjadi peniup semangat. Mengingatkan diriku bahawa si dia pergi berjihad di jalan Allah. Saat merindui si dia, segera berdoa supaya Allah lindunginya, dan merahmati baitul muslim yang terbina hingga ke syurga. Berdoalah pada Allah supaya dia cemerlang dalam pelajarannya, dan dapat pulang dengan selamat. Itulah yang terbaik. Bukanlah sekadar menangisi pemergiannya yang sementara. Bersyukurlah mempunyai suami di bumi barakah, mampu mendoakanku.

Alhamdulillah… Ujian-ujian yang mematangkan. Aku yakin penyusunan Allah ini ada hikmahnya. Mungkin Allah sedang menyediakan aku untuk memikul tanggung jawab yang lebih besar dan berat selepas ini. Jadi jiwaku haruslah kuat. Dan ujian-ujian hidup ini mampu menguatkan jiwa dengan izinNya. Kini aku kembali menyambung pengajian yang masih berbaki dua tahun. Mohon doa para pembaca mengiringi perjuangan ini. Semoga hidup kita sentiasa dihiasi sifat sabar dan syukur…

Saturday, September 17, 2011

When you went away

When you first went away
A hole was left in me
Everything was not the way
The way it used to be

Though I know it is destined
And you are where you should be
My heart still aches and bleeds
Coz you’re a part of me

But soon I realized
That we each have a mission
To complete, fulfill and abide
The responsibilities Allah had given

Now the world shall be a witness
Of a love story so grand and great
Coz we had chosen Allah as first
To save and protect our faith

So I’ll be waiting here, my dear,
Knowing I’ll see your smile
On the day that you appear
Coz you know that I am fine

By: Ummu Atiyah

For my beloved husband amirfathirah who is currently studying Syariah in Islamic University of Medina...May Allah protect you always...

Friday, September 16, 2011

Bring back your smile




The tempest has blown over,
Dark dreams have all died down.
It’s time to turn the four leaf clover
And rid you of that frown

Your happiness is like a dove.
That soars through heavens wide
Go spread your care and love
That your heart kept deep inside


Your smile, it lights the world
A precious gift to those who care
It tells us that you’re ready
To face the world out there

Take it slow and steady
Don’t rush back to the race
Be sure you’re fit and ready
Just fall in at your own pace

Fight back your inner fears
Even though it’ll take a while
Take back those dreadful tears
Bring back that cheerful smile

By: Abah

My dad wrote this poem for me when I was fighting post chemotherapy depression, one of the side effects that we initially had underestimated. It took me a while to overcome it, and still trying my best to find back myself, and perhaps a better person than before...I am blessed with a very loving and understanding family and friends.. Syukran everyone..

Saturday, July 30, 2011

Bawal Masak Kicap


Assalamualaikum dear readers. I would like to share with you this special recipe. This is the first dish that I cooked for my hubby since our marriage. It is one of his favorite dishes. Though I knew the basics of 'Masak Kicap' from observation of my granny's cooking and my mum's, and I tried a few times with chicken, I never actually cooked this particular dish (masak kicap with Ikan Bawal). So,  I was really nervous of the results. Alhamdulillah, it turned out well and everyone loved it. Hope you can enjoy it too..(^_^)

Bahan-bahan


Bahan A

Ikan Bawal medium size - 2 ekor
Garam dan asam jawa utk mencuci
Kunyit serbuk - 1 sudu teh
Garam - 1 sudu teh
Minyak untuk menggoreng ikan

Bahan B (Tumisan)

Bawang putih - 5 ulas (diketuk)
Jintan putih - 1/4 sudu teh
Buah pelaga - 3 biji
Kulit kayu manis - 1 

Bahan C (kisar halus)

Bawang besar - 2 ulas

Cili kering (direbus) - 6 tangkai
Sos tomato - 2 sudu besar
Kicap manis - 1 cawan


Bahan D

Cili Hidup merah - 3 tangkai (dibelah dua)
Bawang besar - 1 biji (Dipotong bulat)
Tomato segar - 2 biji (Dipotong empat)

Cara-caranya

1. Bersihkan ikan bawal. Caranya, siang ikan, kemudian lumurkan dengan garam dan asam jawa sebelum dibilas bersih.
2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, goreng hingga garing dan angkat, ketepikan.
3. Kurangkan minyak menggoreng ikan dalam kuali tadi sehingga tinggal secukupnya untuk menumis ( agak2 dalam 3 sudu besar), kemudian masukkan bahan B. Tumis hinggga naik bau.
4. Masukkan bahan C. Kacau sedikit sehingga mesra.
5. Masukkan bahan D. Masak sehingga tomato dan bawang lembut dan layu.
6. Masukkan ikan bawal tadi, dan gaulkan sebati. Kecilkan api sedikit, biarkan mendidih 2 minit. Tutup api. Biarkan ia mesra bersama, dalam 10 minit. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Ahlan ya Ramadhan...

Ramadhan merupakan tetamu agung yang sentiasa kita harapkan kedatangannya. Kerana itu, tentu kita awal-awal lagi sudah mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Sudah kita ketahui bersama, bahawa manusia tidak akan melaksanakan sesuatu dengan baik kecuali jika ia mempersiapkan diri dengan baik pula. Begitupun agar kita mampu melaksanakan semua amalan di bulan Ramadhan; sangat penting kita mempersiapkan diri untuk itu. Keberhasilan kita pada bulan Ramadhan akan dipengaruhi sejauh mana kita mempersiapkan diri untuk menyambutnya.


Rasulullah saw dan para Sahabat sangat bersemangat menyambut datangnya bulan Ramadhan. Mereka sangat serius mempersiapkan diri agar bisa memasuki bulan Ramadhan dan melakukan segala amalan di dalamnya dengan penuh keimanan, keikhlasan, semangat, giat dan tidak merasakannya sebagai beban.


Berbagai persiapan dilakukan untuk menyambut Ramadhan, tamu yang istimewa ini. Persiapan penting yang harus kita lakukan adalah persiapan mental dan ilmu. Mempersiapkan diri secara mental tidak lain adalah mempersiapkan ruhiah kita serta membangkitkan suasana keimanan dan memupuk spirit ketakwaan kita. Cara paling manjur adalah dengan memperbanyak amal ibadah. Dalam hal ini, Rasulullah saw. telah memberikan contoh kepada kita semua. Nabi saw. memperbanyak puasa pada bulan Sya’ban. Ummul Mukminin Aisyah ra. menuturkan:



Aku tidak melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan dan aku tidak melihat Beliau lebih banyak berpuasa dibandingkan dengan pada bulan Sya’ban (HR al-Bukhari dan Muslim).
Bahkan Rasulullah saw. menyambung puasa pada bulan Sya’ban itu dengan puasa Ramadhan. Ummul Mukminin Aisyah ra. menuturkan:
Bulan yang paling Rasul saw. sukai untuk berpuasa di dalamnya adalah Sya’ban, kemudian Beliau menyambungnya dengan (puasa) Ramadhan. (HR Abu Dawud, an-Nasa’i dan Ahmad).

Beberapa hadis di atas menjelaskan bahwa Rasulullah saw. banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Puasa pada bulan Sya’ban itu demikian penting dan memiliki keutamaan yang besar daripada puasa pada bulan lainnya, tentu selain bulan Ramadhan. Sedemikian penting dan utamanya sampai ‘Imran bin Hushain menuturkan, bahwa Rasul saw. pernah bertanya kepada seorang Sahabat:
“Apakah engkau berpuasa pada akhir bulan ini (yakni Sya’ban)?” Laki-laki itu menjawab, “Tidak.” Lalu Rasulullah saw. bersabda kepadanya, “Jika engkau telah selesai menunaikan puasa Ramadhan, maka berpuasalah dua hari sebagai gantinya.” (HR Muslim).
Hadis di atas menunjukkan dengan jelas keutamaan puasa sunnah pada bulan Sya’ban. Lalu apa hikmah dari puasa pada bulan Sya’ban itu?
Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah saw.:
“Ya Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya’ban.” Rasul menjawab, “Bulan itu (Sya’ban) adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, yaitu bulan di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan itu adalah bulan diangkatnya amal-amal manusia kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amal-amalku diangkat, sementara aku sedang berpuasa.” (HR Abu Dawud dan an-Nasa’i; disahihkan oleh Ibn Khuzaimah).
Rasul saw. juga memposisikan puasa pada bulan Sya’ban itu sebagai persiapan untuk menjalani Ramadhan. Anas ra. menuturkan bahwa Nabi saw. pernah ditanya:
“Puasa manakah yang paling afdhal setelah puasa Ramadhan?” Rasul menjawab, “Puasa Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan.” (HR at-Tirmidzi).
Walhasil, puasa Sya’ban, di samping akan mendapatkan pahala yang besar dan keutamaan di sisi Allah, juga merupakan sarana latihan guna menyongsong datangnya Ramadhan. Al-Hafizh Ibn Rajab mengatakan, “Dikatakan tentang puasa pada bulan Sya’ban, bahwa puasa seseorang pada bulan itu merupakan latihan untuk menjalani puasa Ramadhan.
Hal itu agar ia memasuki puasa Ramadhan tidak dengan berat dan beban. Sebaliknya, dengan puasa Sya’ban, ia telah terlatih dan terbiasa melakukan puasa. Dengan puasa Sya’ban sebelumnya, ia telah menemukan lezat dan nikmatnya berpuasa. Dengan begitu, ia akan memasuki puasa Ramadhan dengan kuat, giat dan semangat.”
Para ulama salaf dulu sangat memperhatikan pelaksanaan semua amalan-amalan kebaikan pada bulan Sya’ban. Mereka, sejak memasuki bulan Sya’ban, telah memperbanyak membaca al-Quran, menelaah dan memahami isinya dan mentadabburi kandungannya. Bahkan Habib ibn Abi Tsabit, Salamah bin Kahil dan yang lain menyebut bulan Sya’ban ini sebagai Syahr al-Qurâ.
Bulan Sya’ban, Saatnya Intropeksi Diri
Marilah kita gunakan bulan Sya’ban ini untuk instrospeksi diri; sejauh mana kita telah bertindak dan bermuamalah sesuai dengan syariah yang telah Allah turunkan. Sudahkah kita pada bulan ini bergegas mempersiapkan diri guna menyambut datangnya Ramadhan yang sebentar lagi akan tiba? Ataukah kita malah termasuk orang yang melupakan bulan penting ini sebagaimana yang disinggung oleh Rasul saw. dalam hadis di atas?
Saatnyalah kita segera mempersiapkan diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang ada di sekitar kita guna menyongsong datangnya Ramadhan. Caranya adalah dengan memperbanyak puasa serta membaca al-Quran sekaligus menelaah, memahami dan mentadabburi kandungannya.
Kita juga harus giat melakukan shalat malam serta memperbanyak sedekah dan amalan-amalan kebaikan lainnya. Agar kita nanti mampu menjalani Ramadhan dengan penuh makna, hendaknya kita pun menyiapkan program-program amal kebaikan yang akan kita lakukan selama bulan Ramadhan.
Lebih dari itu, bulan Ramadhan adalah bulan ketaatan; di dalamnya setiap Muslim dituntut untuk mengikatkan diri dengan seluruh syariah-Nya. Bulan Ramadhan adalah bulan murâqabah. Sebab, shaum yang dilakukan di dalamnya mengajari setiap Muslim untuk senantiasa merasa diawasi Allah.
Ramadhan juga adalah bulan pengorbanan di jalan Allah. Di dalamnya setiap Muslim dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar dan haus demi meraih derajat ketakwaan kepada-Nya. Takwa adalah puncak pencapaian ibadah shaum pada bulan Ramadhan. Perwujudan takwa secara individu tidak lain adalah dengan melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya.
Adapun perwujudan takwa secara kolektif adalah dengan menerapkan syariah Islam secara total dalam seluruh aspek kehidupan oleh seluruh kaum Muslim. Shaum Ramadhan tentu akan kurang bermakna jika tidak ditindaklanjuti oleh pelaksanaan syariah secara total dalam kehidupan, karena itulah wujud ketakwaan yang hakiki.
Terakhir, guna menambah kerinduan dan semangat kita mempersiapkan diri menyongsong Ramadhan, hendaklah kita mengingat dan merenungkan kembali pesan-pesan Rasul saw. yang pernah Beliau sampaikan pada akhir bulan Sya’ban. Salman al-Farisi menuturkan, bahwa Rasulullah saw. pernah berkhutbah pada akhir bulan Syaban demikian:
Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajiban dan shalat malamnya sebagai sunnah. Siapa saja yang ber-taqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajiban pada bulan yang lain. Siapa saja yang melaksanakan satu kewajiban di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajiban pada bulan lainnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah surga. Ia juga bulan pelipur lara dan ditambahnya rezeki seorang Mukmin. Siapa saja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. Ia akan mendapatkan pahala orang itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.
Para Sahabat berkata, “Kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa puasa?”
Rasulullah saw. menjawab:
Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka berpuasa meski dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu.
Ramadhan adalah bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Siapa saja yang meringankan hamba sahayanya, Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. Perbanyaklah pada dalam Ramadhan empat perkara, dua perkara yang Tuhan ridhai dan dua perkara yang kalian butuhkan. Dua perkara yang Tuhan ridhai adalah kesaksian Lâ ilâha illâ Allâh Muhammad Rasûlullâh dan permohonan ampunan kalian kepada-Nya. Adapun dua perkara yang kalian butuhkan adalah: kalian meminta kepada Allah surga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka. (HR Ibn Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi di dalam Syu’âb al-Imân).



(Source:http://www.eramuslim.com)

Wednesday, July 20, 2011

Baitul Muslim..indahnya cinta keranaNya...



"Pelik saya..macam mana awak berdua kenal yer?" Seorang classmate sekolah lama menyuarakan rasa hati melalui PM facebook. Aku hanya tersenyum. Bukan sekali ku terima soalan-soalan begini. Sebaik mereka tahu siapa bakal suamiku, pasti timbul tanda tanya akan asal usul kisah kami...Benar. Dia adalah bekas pelajar sekolah lamaku. Tapi dulu, aku hanya pernah mendengar namanya. Tak pernah berbicara, berhubung, apatah lagi bertemu. Langsung tak pernah gossip 'sekolah menengah' terjadi antara kami. Itulah punca pernikahan kami menjadi kejutan pada para bekas classmate. Apatah lagi pernikahanku bakal dilakukan ketika aku masih di dalam rawatan kemoterapi. Semua tertanya-tanya kisahku dengan si dia, yang pastinya istimewa dan luar biasa.

Minta maaf yer sahabat-sahabat. Detail kisah kami ini, biarlah ia kekal menjadi rahsia teristimewa. Tapi yang ingin ku kongsikan denganmu, buat semua sahabat yang dikasihi, jika kau belum menemui atau dirapati si dia yang menepati citarasamu, usah dirunsingkan. Usah resah dengan masa depan cintamu wahai sahabat-sahabatku. Sesungguhnya yakinilah cintamu padaNya. Dia lebih mengetahui yang terbaik untukmu. Walaupun kau senaraikan kriteria suami pilihan berjela-jela dan kau memilih-milih jodohmu, kau tak mungkin dapat menjamin kebahagiaanmu. Kerana 'Bahagia' itu milik Allah, dan 'Cinta' itu juga milik Allah... Dia lah yang akan menyuburkan cinta dalam hati-hati, dan mudah-mudahan memeliharanya sampai ke syurga... 

Apabila neraca Allah yang diletakkan sebagai ukuran, si dia yang sempurna untukmu akan 'dikirimkan' Allah tanpa kau perlu penat mencari...bila kita serahkan urusan cinta dan jodoh di tanganNya..Dia akan mudahkan segalanya...Yakinilah...^_^

Akhir kata, ku kongsikan sepotong firman Allah..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Surah. Al Baqarah:216)
Doakan hari bahagiaku berjalan lancar dan dilimpahi keberkatanNya..Ameen..

Friday, July 8, 2011

The True Meaning of Strength


Every cancer patient is a fighter. What do you understand from this simple statement? Cancer patients have to be 'strong' in fighting their disease to increase their chance of survival and recovery. Back when I was apparently healthy, as I meet and mingle with them in the wards on a daily basis (both the treatable and the terminally ill), during my previous study years, I have spent time wondering what it meant to be 'strong' for them. When I myself was diagnosed with it, I told myself to be 'strong'. But, what does that mean really? What are the obstacles that I will be facing? I was not clear. I'm sure most of you reading this are not clear as well, unless you're a cancer survivor. With this in mind, I wrote this entry. I hope it will be beneficial, especially to those who are newly diagnosed with cancer, to be mentally prepared as they embark on the journey to recovery. Also to those who have family members or close friends facing the same thing, I hope that by reading this, you will understand more about what they are facing, and thus treat them appropriately.

The Effects

I read in an article once about chemotherapy. It was regarded by some as a 'Necessary Evil'. My understanding of this becomes clearer day by day. As the 'poison' seeps through the vessels of my fragile body attacking the unwanted cancer cells, some normal innocent cells had to die too. Like hair cells, and mucosal cells, they were among the martyrs, causing effects such as numbness of taste buds, mouth ulcers, and unavoidable hair loss. Other cells like muscle cells, though they don’t really die, but I could imagine how they felt as the cytotoxic chemicals flow through them, they would be petrified, causing me to have muscle cramps, especially at night. There were days where I would feel as If I had just woken up from sleeping after running a 5km marathon without pre-marathon stretching. There are times; I would suddenly feel warm, and feverish to the point of sweating. Other times, I felt chills, to the point of shivering. As the drug flow through my higher centers (Brain and spinal cord), the platinum-based chemo drug tickles my 'vomiting center', causing me to be nauseous most of the time. All of these sums up and portrays itself as a group of symptoms called chemotherapy effects.

Sounds scary aren't they? But do not fear. These effects will not be so profound if you know how to deal with them. After a few weeks undergoing treatment, I have formulated ways in dealing with these effects. It is done through personal observation, and the help of fellow cancer patients and survivors. For easy reference, I have listed them accordingly.

Get a Good Knowledge on Your Condition

Once the doctors have established the diagnosis, read up about it. It will help you in having a clearer picture of your condition, its risks, its prognosis, and most importantly, the treatment. This will help you understand the situation, what chemo regime the doctor will be giving you, its importance, and its effects. You will be more prepared if you know what you will be dealing with, and you'll be able to pull through the chemo despite the effects, if you know the importance.  


Know Your Enemy



You must know who your real enemies are. They are not the symptoms, because these are unavoidable. No point to be stressed for something that will happen eventually right? You'll just end up frustrated. The effects will appear with time, but what we can do is minimize it. Our real enemy is our minds. Our mental strength is what truly matters. With a strong mental strength, our physical well being will improve too, InsyaAllah.

Never Fear, for Allah Is Always With You

There will be times when you feel that the pain is becoming too much. Have faith that for every pain that you had to endure, Allah cleanses your soul. Remember this, and remember of all the sins you had done before. Endure it with istighfar for the benefit of the hereafter, insyaAllah, you'll pull through. 

Coping With the Chemo Effects

When you start to have the symptoms, find ways to fight it off. There are many methods. I'll share with you mine, but you may try finding the best method that suits you.

The Nausea

It is uncomfortable, no doubt. But don’t let yourself suffer, find the alternative cure. For me, I take sips of sugarless citrus and berry juices whenever I feel nauseous. Fresh oranges and warm lemonade helps too. Not only it alleviates the nausea, the rich vitamin C helps strengthen your immune system, thus overcome the bone marrow depression effect. Never resort yourself to artificially preserved fruits (Asam). It is harmful not just to you, but even to a normal healthy person.


Numbness of Taste and Oral Ulcers

Most chemo drugs are neurotoxic, as well as it kills fast growing cells. Since buccal mucosa ( Cells in the inner lining of mouth ) are fast growing epithelial cells, it tends to thin out. That is when you get ulcers. The key to minimize this is hydration. So, drink lots of plain mineral water. Better to drink bottled mineral water instead of boiled tap water. It is cleaner and contain minerals that is good for you. Another way to lessen the pain is by taking cold beverages and eating ice cream! Nyum2…^_^

Your taste buds will also be less sensitive, so you will suddenly find food becoming tasteless even though in reality, it is not. To overcome this, try eating strongly flavored foods, like curry, or tom yam. It helps to increase your appetite. But if it is difficult to find food that suits your taste, ignore the tasting part and eat up. Remember that your body needs the energy to fight cancer.

Loss of Appetite

This happens as a result of the nausea + tastelessness + Oral ulcers + the other effects. When your body is in pain, your appetite will be decreased. It is a normal mechanism. But you must never succumb to this! As I mentioned before, your body needs food for energy to fight cancer. So, whenever you feel like eating something, as long as it is not harmful to you, find it and eat it. Family members should be understanding and creative when it comes to food for cancer patients. If possible, try to make every meal enjoyable. If you cannot find your appetite, eat up anyway. Blend it and juice it for easy swallowing if you cannot chew, and don’t bother the taste. Eat lots of fruits and vegetables. Say NO to processed foods. Read up on foods that should be avoided for cancer. There are many theories. But for me, I choose to avoid only red meat, chicken, shellfish, soy products, and processed foods.

Muscle Cramps

This will occur sometimes, especially at night. Overcome this by massaging with medicated ointments on the affected site, and cover up when you sleep. Wearing socks helps. Shower with warm water if possible because cold showers worsen the effect.

Fatigue

This is quite subjective. But basically, you know yourself better than anyone. Try not to exert yourself to much, but do not resort to sedentary lifestyle. You may do low impact workouts and do household chores to keep your heart healthy. Avoid heavy lifting. Whenever you start feeling tired, take a rest. Afternoon nap helps.

Headache

This may occur to some patients more often than to others, possibly due to dehydration or electrolyte imbalance. Try drinking lots of water and take a nap. If all means fail, you may take paracetamol.

Hot Flushes

If possible, your room should be air conditioned. So, whenever you start feeling warm, lower the room temperature. If not, get a table fan, and wear minimal or lose cotton clothing when you sleep.

Chills and Rigors (Cold and Shivering)

The opposite of the above effect, this time, keep yourself warm. Apply warm ointments. Drink warm lemonade. Sleep with a blanket. Avoid cold showers.

Immunosuppression

Some chemo drug has the effect of bone marrow suppression. This causes your immunity to drop. This means that you are easily infected by surrounding germs. This is bad for you, not just because of the illness, but when you are sick, your chemo will be postponed! That means longer treatment period. Not Good. So, to avoid getting sick easily, you should minimize your time outside the house. However, you may go out with proper protection like a face mask. I chose to wear a 'niqab' instead. That way, you do not look like you are sick, but at the same time you have good protection. Plus, extra coverage for muslimah.

Hair Loss

Though not physically painful, this effect gives impact more emotionally especially for women because hair is an asset for them. For this, we have to be strong. Be assured that your hair will grow back. In fact, it will grow healthier and more beautiful. Should you shave? This depends on you. Some patients just cut their hair very short, and let it fall freely. But for me, it is easier to shave, so I spare myself the agony of seeing my hair scattered everywhere. But don’t shave so soon, because your hair won't be falling until a few weeks after your first chemo, IF your drug has this effect. Some lucky patients are spared from this effect. So, before you chose to shave, make sure your hair really is falling. It will start with your head feeling heavy, and your scalp starts having small slightly painful nodules ( This is when the drug attacks your hair roots), before your hair starts falling. Don’t be scared. It is common among cancer patients to have a bald head. You are not alone.
  
Depression

This is the worst of the effects. Good thing is, the severity depends on how you deal with it. This is when your faith in religion plays a very important role. For muslims, remember that Allah won't burden you beyond your capability to cope. You are the chosen one, the precious servant that He chose to be tested. Heavens awaits those who pass His tests. Quran, solah, and dua' are your weapons against depression. If you feel down, crying helps. Go where you can be alone with Him, and let your tears fall, washing away the burden you are feeling in your heart. He knows what you are going through better than anyone, and He listens.

That is all for now. A message to you fellow fighters, do not be scared of chemotherapy. It is not so bad if we know how to cope with it. Take this experience as a stepping stone to be a better you. Later you can proudly say, "I am a cancer survivor". With willpower and Allah's guidance, we will pull through, insyaAllah…