Pagi subuh hari isnin yang hening. Jam menunjukkan 6.40am. Aku duduk di kerusi kayu tempat menunggu, sendirian di lobi Hospital Ampang yang aku sangat kenali. Ku perhatikan persekitaranku, kelihatan beberapa orang pengunjung hospital juga sedang duduk-duduk. Tak dapat ku mengagak sama ada mereka sedang menunggu ahli keluarga yang sedang sakit, atau mereka sepertiku, menanti bukanya kaunter pendaftaran untuk masuk ke wad jam 8.00am. Abah terpaksa menghantarku awal kerana perlu berkejar ke tempat kerja pula. Jadi kenalah 'anak manja' ini berdikari sedikit. Inilah secebis saja pengorbanan dariku untuk ibu bapaku yang ku mampu beri dalam keadaanku sekarang.
Perlahan-lahan suasana subuh yang redup tenang disirami cahaya matahari. Suasana hospital seolah-olah semakin hidup dengan kelibat makin ramai para jururawat, sister, dan doktor-doktor pelatih yang kalut mengeluarkan kad kedatangan untuk di-punch. Namun, yang menarik perhatianku adalah satu golongan pengunjung, yang makin hari makin ku kenali. Mereka tampak berbeza dari orang-orang lain. Memakai penutup mulut dan juga penutup kepala, topi, atau scarve. Mereka adalah 'rakan-rakan seperjuanganku'. Para pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan chemotherapy.
Sejurus bukanya kaunter, ku terus mengambil nombor giliran pertama. Ya, rutinnya akan ku jadikan begini. Datang awal, masuk wad awal, dapat mulakan rawatan awal dan habis awal. Hehe… (^_^) Tapi, awal-awal pun, rawatan chemotherapyku mengambil masa yang lama. Paling kurang memerlukan aku tinggal di wad selama lima hari setiap 3 minggu. Itu pun jika ujian darah pra-chemotherapy menunjukkan tubuhku kuat untuk jalani chemo keesokan hari, yang bergantung kepada keadaan kesihatanku. Demam batuk sikit tak boleh chemo. Kesihatan perlu optimum. Tapi, faham-faham je la kan, bila chemo ni, Imuniti badan menurun. Jadi, bayangkanlah jumlah tempoh masa aku akan habiskan di sini. Hospital ini dan warganya sememangnya akan menjadi rumahku dan keluarga keduaku.

Sejurus mendaftar masuk ke wad, aku dipakaikan gelang merah bernombor. Sudah ada dua gelang merah dalam koleksi ku. InsyaAllah, kalau semua berjalan lancar, akan dikumpulkan
Apabila diserahkan kad pesakit di kaunter wad 6A, iaitu wad khas untuk pesakit kanser wanita (Wad Gynae Oncology), jururawat bertugas terus menunjukkan aku kepada ruang bilik di bahagian belakang yang menempatkan empat orang sebilik. Persekitaran sangat selesa, dengan kemudahan dua tandas dan hawa dingin. Ku berkenalan dengan ahli bilikku yang lain. Alhamdulillah, mereka semua peramah, membuatkan aku rasa lebih selesa. Sepanjang aku dimasukkan ke wad (kini sudah dua kali untuk chemo, kali pertama minggu lepas, duduk dua hari sahaja dan balik tanpa chemo kerana ubat chemo tak sampai lagi). Taaruf bersama rakan sebilik benar-benar membuka mataku akan betapa ku patut bersyukur padaNya sentiasa…Akan ku kumpulkan dan ku kongsikan dengan anda sedikit masa lagi.

Setelah berkenalan denagn mereka, aku benar-benar rasa bertuah, kerana walaupun kes aku ini amat jarang berlaku, tapi aku tidak seteruk kes mereka semua. Agak mengejutkan juga bila doktor pakar barah wanitaku, Dr.Yong, berseloroh dengan ahli-ahli bilikku, "Adik ni kan, lagi muda banyak dari you semua olang, tapi ubat dia paling banyak lo…kalah you all semua." Dr.Yong tersenyum memberiku semangat. Aku gembira mendengar keletahnya dengan para pesakitnya. Dia sentiasa mampu membuatkan kami tersenyum walaupun kami dalam kesakitan. Semoga Alah memberikan hidayah padanya untuk islam, dan jasa-jasanya pada para pesakit kanser seperti kami dinilai Allah di akhirat kelak.

Hari pertama dimasukkan ubat, tandas harus dimasuki setiap 10 hingga 15 minit. Ini kerana salah satu ubat yang diberi membuatkan aku lawas buang air kecil, bertujuan memeliharaku dari ubat chemo yang bakal dimasukkan, dari terperangkap dalam buah pinggang dan merosakkannya. Ia tentu lebih mudah bagiku jika tak perlu membawa tiang besi bersama setiap kali, tapi itulah realitiya. Hari pertama ubat masuk, belum ada rasa lain yang ketara. Hari kedua dan ketiga, baru rasa mual, kurang selera makan, dan ingin muntah. Inilah kesan awal utama ubatan chemo ku. Tapi Dr.Yong memastikan aku dilengkapi ubat tahan muntah yang paling berkualiti. Jadi, aku langsung tidak muntah sepanjang rawatan. ^_^

Salam,
ReplyDeletesy doakn ummu sabar dan tabah menghadapi dugaan ini, ensyaAllah, Allah sentiasa brsama org2 y sabar. =)
Alhamdulillah, keep up your strong faith and determination. Patients who have positive belief recover much much faster. You are blessed with full tank of love from people around you.
ReplyDeleteWriting a blog is like leaving footprints on the sand for others to follow and experience the sensations of being there without having to go thru the agony of a challenging experience. May Allah swt grant them the benefits of reading your blog and sharing your enlightenment in knowing how a patient feels when they endure the pain when a doctor they trust jabs them with all kinds of medication in the hope that the doctors know what they are doing, taking precautions over their allergies and the precision of the dosage and all other matters of life and death!
ReplyDeleteKeep on going Ummu. Allah will always be there for you. Our du'a is for you. Glad to know you. =)
ReplyDeleteUmmu sayang, akak tahu Ummu cukup tabah harungi dugaan Allah.. Kesedihan atau kegembiraan, positif atau negatif itu semua pilihan kita, Syafakallah..
ReplyDeleteDari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)