Ketika jiwa kita kuat dan masih mampu berpegang pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang benar maka akan terserlahlah kewibawaan dan jati diri kita, lalu kitapun melangkah gagah menuju kemuliaan atau ketinggian di sisi Allah SWT. Manusia lainpun akan kagum dan hormat pada kita. Namun disaat-saat jiwa kita lemah, kita akan hanyut bersama arus deras yang menuju kekecewaan dan kehinaan.
Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa kita lemah tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus.
(Azmi Bahari, Bila Kehidupan Berbicara, http://my.opera.com/azmibhr/blog/)
Petikan diatas adalah sebahagian dari sebuah e-book tulisan guru saya yang sangat saya hormati. Seorang guru yang benar-benar dedikasi dalam mendidik murid-muridnya. Berkorban tenaga, masa, dan hartanya di jalan Allah. Seorang yang mempunyai prnsip hidup yang cukup jelas. Semoga cikgu terus kuat menyampaikan risalah dakwah di jalan mullia yang dipenuhi onak duri.
Tajuk entry kali ini menjadi pilihan ada sebabnya. Kini saya sedang menjalani proses berehat di rumah. Oleh kerana pergerakan terbatas, tak boleh keluar rumah jauh-jauh, banyak masa dihabiskan di rumah. Di sinilah ujian datang. Ujian masa lapang. Sangaaaaat lapaaaaaang....( -_- ) Keadaan ini menuntut diri saya untuk menjadi seorang yang bijak memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat untuk mengisi masa. Saya tak biasa ada masa selapang ini. Kalau nak dibandingkan dengan keadaan masa belajar dulu, sentiasa kena multi-tasking sebab masa tak cukup. Saya rindukan saat sibuk itu.
Menjadi kebiasaan saya, bila rasa otak serabut tak tahu nak buat apa, saya akan duduk, amik pen, pembaris dan kertas kosong, Saya buat jadual. Jadual untuk rancang apa nak buat, dan bila nak buat. Kemudian, saya akan tulis kata-kata penyuntik semangat di kiri kanan jadual itu, dan hiaskannya dengan warna-warna ceria. Seolah satu terapi. Saya dapati ia sangat berkesan dalam menangani keserabutan otak terutama untuk dua keadaan berikut;
1. Banyak sangat kerja nak setel, masa singkat sangat.
2. Masa banyak sangat, tak tahu kerja apa nak buat.
Keadaan 1 adalah keadaan yang amat biasa dialami ketika waktu belajar dulu. Exam...exam...dan exam lagi. Masa persediaan sebelum exam singkat, ilmu yang nak dicover pula tersangatlah banyak. Itulah realiti belajar medic. Saya rasa, tak mungkin seseorang budak medic boleh kata dengan yakin, " Yeah, aku dah khatam dan ingat semua, confirm boleh jawab betul 100%". Oh tidak. Belajar medic tak sama dengan belajar masa sekolah-sekolah dulu. Seorang lecturer pernah berkata, "Medicine is full of grey areas. There's very little black and white"
. Perubatan ini penuh dengan ketidak pastian. Saya sudah sedar realiti ini melalui pengalaman sepanjang empat tahun di fakulti perubatan. Jika tak ada mekanisma penguat semangat, your life in medical school and after you graduate will be like hell.
Jadi, untuk sentiasa memastikan semangat tidak luntur, saya mengambil beberapa langkah;
1. Memastikan saya sentiasa dalam keadaan 'tahu apa nak buat'.
Ini sangat penting. Saya sentiasa ingatkan diri saya, kalau saya berada dalam keadaan tak tahu apa nak buat, something is seriously not right. Saya dalam bahaya untuk menjadi seorang yang sedang 'plan to fail' tanpa saya sedar. Cara atasinya, saya buat jadual, dan saya paksa diri untuk ikut jadual tu. Saya juga akan denda diri sendiri bila tak mampu ikut.
2. Menjaga ibadah dan hubungan dengan Allah.
Kekuatan sebenar adalah kekuatan jiwa. Saya akan cuba untuk meningkatkan kualiti ibadah dari semasa ke semasa. Saya selalu pesan pada diri, Walau sebijak mana pun saya dah rancang, apa-apa kejayaan pun still Allah yang tentukan. Maka berdoalah, kerana ia senjata mukmin. Selain tu, jangan asyik lagha buat dosa, awak nak doa makbul macam mana kalau asyik buat apa Allah tak suka. Sedar-sedarlah diri sebagai seorang hambaNya. Ibadah-ibadah sunat seperti qiamulail, mengandungi banyak kelebihan, terutama dalam memberi ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental. Cubalah, dan rasai sendiri kenikmatannya.
3. Memberi peluang pada diri.
Saya saja tahu kemampuan, kekuatan, kelemahan, dan kelebihan diri saya. Tak perlu nak pandang kiri kanan tengok orang itu lebih, orang ini pandai jawab soalan, orang ni banyak tahu. Tak perlu semua tu. Biarlah dia pandai jawab soalan impromptu. Good for him or her. Be happy sebab ada penyelamat awak dari menjadi mangsa. Tapi, kalau diam-diam pun, biar diam berisi. Jangan dengar saja-saja then ngantuk, then rasa cemburu dengan kawan yang boleh jawab tu. Dengar dengan teliti, dan tanya diri sendiri, kenapa kau tak tahu jawab. Balik cari dan fahamkan. Jangan sesekali rasa yang tak boleh jawab sebab diri tak cukup cerdik. Ia hanya sebab kau tak baca lagi. Itu saja.
4. Penuhi hak diri sendiri dan orang lain.
Disinilah, seseorang harus pandai mengenal pasti hak diri dan hak orang lain terhadap dirinya. Contohnya, hak ibu bapa untuk tahu perkembangan kita. Jadi, kita perlu luangkan masa, walau busy mcam mana pun untuk call mereka tanya khabar dan beritahu status kita. Contoh lain, hak badan untuk rehat bila penat. Jangan paksa badan anda bekerja sampai jatuh sakit. Kenalpasti tahap kemampuan diri anda, dan work with it. Sesungguhnya ia jadi satu bentuk kezaliman bila kita nafikan hak. Dan kezaliman adalah salah satu punca doa tak makbul. Tapi pandai-pandailah budget masa, jangan sampai melampaui keperluan.
5. Strive to move forward.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk capai peningkatan walaupun sedikit. Biar panjat lambat-lambat, akhirnya akan sampai juga ke puncak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadilah kura-kura yang sabar. Ia lebih baik dari arnab yang punya kelebihan tapi disebabkan bangga diri dan lalai, kalah akhirnya.
Inilah sahaja tip belajar kali ini. Semoga boleh bermanfaat kepada semua pembaca insyaAllah. Yang baik dari Allah, yang kurang dari diri saya yang lemah. Wallahua'lam.