"Kakak, umi ni tak ada pengalaman jaga anak baru pembedahan. Kakak tolong umi ya. Jaga diri kakak, macam kakak di hospital...tolong jangan buat kerja-kerja rumah, naik turun tangga...umi kat tempat kerja jadi resah teringat kakak sorang di rumah ni..." Ujar umiku sayang dengan muka risau teramat. " Tapi umi...rumah...huhu..." Tidak jadi aku teruskan kata-kata melihatkan raut wajah umi.." Baik umi..."
Aku adalah anak perempuan sulung. Jadi, memang menjadi kebiasaanku jika berada di rumah untuk membantu umiku melakukan kerja-kerja rumah. Umi memang sibuk orangnya. Jarang sekali umi boleh melakukan segalanya dengan sempurna seorang diri. Jadi, bila kulihat rumah tidak kemas, aku jadi gelisah. " Kerja rumah tak apa..biar umi buat.." umi meyakinkan aku...Semalam, dek kerana terlupa yang diri ini baru operation, aku hampir mengangkat kerusi meja untuk disusun. "MasyaAllah...Kakak! Kenapa angkat kerusi tu...beraat..ya Allah..anak umi sorang ni. Kakak kan sakit..." Di waktu lain pula, " Kakak...kenapa jalan laju sangat ni? Kalau tersadung, jatuh terlentang umi nak buat macam mana?"
Aku seringkali terlupa bahawa diri ini dah tak macam dulu. Dulu aku ligat bergerak, buat itu ini dengan pantas. Perkara yang paling aku tak tahan adalah melengah-lengahkan kerja. Kini, aku perlu sesuaikan diriku dengan keadaanku. Banyak perkara perlu diubah. Contohnya, pergerakanku harus dengan perlahan dan hati-hati. Aku juga tidak boleh mengangkat barang, atau melakukan kerja-kerja berat. Walaupun luka luaran semakin sembuh, luka dalaman mengambil masa yang lama. Hentakan atau tekanan boleh melambatkan proses penyembuhan. Aku sering lupa. Tapi, bila teraktif tiba-tiba, aku dapat rasakan kesakitan di bahagian pembedahan. Teringat kembali pesan umi...

Manusia selalu begitu. Bila ditarik nikmat itu, baru nak pandai hargai. Seperti di saat aku 'terkurung' di hospital. Terasa diri bagaikan burung layang-layang yang tercedera. Kulihat langit diluar cerah, biru, dihiasi kepulan awan. Bebasnya burung-burung itu terbang...

salam aiman. lama tak tukar khabar berita.. rindu nk sembang2 awak... kite br je tau pasal apa yg berlaku kat awk... sabar ek... ujian ALLAH.... DIA lebih mengetahui yg mana terbaik. all the best utk awk... may ALLAH bless u..
ReplyDeleteheee...d=D
Terima kasih hana...insyaAllah, jika dipanjangkan usia, semoga boleh bertemu dan bersembang mcm dulu2...
ReplyDelete