Apa ertinya bergantung kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan? Ini tidaklah bermaksud seseorang itu tidak berusaha, dan hanya berdoa dan bertawakal sahaja, menunggu rezeki datang bergolek. Tetapi, adalah bermaksud melakukan apa jua perkara dengan tujuan mendapat redha Allah semata. Memang biasa kita dengar statement ni kan ? Kalau kita tanya mereka yang ada basic agama, terutama bekas student sekolah-sekolah agama, jawapan standard yang kita akan dapat kepada soalan "Apa matlamat hidup kamu?" adalah "Mencari redha Allah..". Seolah-olah ia satu skema jawapan yang semua orang tahu. Tetapi, adakah kita benar-benar faham konsep ini? Dan adakah kita benar-benar mempraktikkan dalam kehidupan kita dan bukan hanya memberi jawapan tanpa memahami konsep sebenar?
Bergantung kepada Allah bermaksud seluruh perkara dalam hidupnya, apa saja tindakanya, apa saja yang dia hadapi, dia melakukannya hanya kerana Allah semata. Konsep ini sangat penting dalam hidup setiap mukmin untuk dia jadikan pegangan hidupnya.
Apa yang biasa berlaku kepada masyarakat kita adalah salah faham akan konsep ini. Tak perlu untuk kita hanya menilai dan melihat kepada matlamat-matlamat lain yang jelas dan nyata salah, seperti demi pangkat, harta, jawatan tinggi, kekasih hati, pengiktirafan orang lain, pujian, dan sebagainya. Saya lebih tertarik untuk berkongsi dengan anda, pembaca budiman, beberapa situasi dimana, jika kita lihat kepada matlamat-matlamat itu, ia biasa didengar, dan mungkin juga kita sendiri berpegang kepadanya sama ada sedar atau tidak.
Mari kita hayati kisah berikut;
Hidupku Demi Keluarga, dan Demi Suami Tercinta.
Anita dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya telahpun kembali bertemu Allah, meninggalkan ibunya keseorangan menyara dia dan dua adiknya. Alhamdulillah, Anita adalah seorang anak yang taat, rajin, dan cerdik. Dengan izin Allah, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Selama ini, apa yang memberi kekuatan padanya untuk berusaha semaksimumnya, dan menjadi seorang pelajar cemerlang adalah demi keluarganya. Dia ingin membahagiakan ibunya dengan membawa pulang segulung ijazah, kerana harapan ibunya semenjak dia kecil adalah melihatnya berjaya. Dunianya adalah ibunya. Apa sahaja yang dia lakukan adalah untuk ibunya.
Pada suatu hari, Anita mendapat berita bahawa berlaku kemalangan di rumah. Kebakaran telah melenyapkan teratak setinggan yang menjadi tempat keluarganya berteduh, sekaligus meragut nyawa ibunya dan adik-adiknya. Alangkah hancurnya hati Anita mendengar berita itu. Segala usahanya selama ini dirasakan sia-sia. Semua yang dia perolehi sudah tidak bermakna kerana tiada lagi ibunya untuk dikongsikan kejayaan itu. Anita terasa seolah hilang tempat bergantung. Tekanan perasaan hampir meragut kewarasan dirinya. Masa depan terasa gelap.

Hidup Anita dipenuhi tekanan dan air mata. Dia akhirnya tewas dengan perasaan sendiri, mula menyalahkan takdir dan mempersoalkan mengapa Allah menyeksa dirinya.
Pengajaran kisah
Apa salahnya di sini? Jika kita lihat sepintas lalu tajuk kisah di atas, seolah-olah tiada yang salah. Demi keluarga, dan demi suami tercinta. Benar, tiada salahnya berhasrat ingin membahagiakan ibu, membela nasib keluarga dan membahagiakan suami. Tetapi, tidak tepat untuk kita meletakkan perkara itu sebagai matlamat dan pegangan hidup. Ini kerana, semua itu adalah milik Allah. Sampai masanya, Allah boleh mengambilnya kembali dari kita. Yang kekal hanyalah Dia.

Allah swt adalah Rabb dan Illah, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia lah sebaik-baik tempat bergantung, kerana Allah tidak akan meninggalkan kita. Tetapi jika meletakkan sesuatu selain Allah sebagai matlamat hidup, bersedialah untuk menghadapi kekecewaan.
Semoga saya dan anda dapat kembali memperbaharui niat kita, dan memperjelaskan prinsip serta pegangan hidup kita, serta mengaplikasikannya dengan sebaiknya dalam kehidupan kita sehari-hari. Semua manusia mudah lupa. Sama-sama kita ingat memperingati dan berpesan-pesan kepada kebaikan...insyaAllah...
(Rujukan: Bab 1, Erti Hidup Sebelum Mati, Indahnya Kematian, Bisri M.Djaelani, PTS millennia Pubication, 2011)
No comments:
Post a Comment