Assalamualaikum semua..^_^
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 5 bulan berlalu sejak peristiwa yg mengubah hidupku. Kini dah selamat menyambung pelajaran. Walaupun pada mulanya berada dalam dilema, sama ada nak sambung belajar dan gagal satu posting (tak dapat ambil exam final posting sebab kehadiran <50%, MC dikira tak hadir dalam medical school), atau tangguh pengajian setahun. Ummu pilih sambung.Bak kata abah, "It is the fight that satisfies and keeps us alive, not by giving up." Biarlah dalam rekod umu ada gagal satu, dari umu duduk rumah tak buat apa-apa setahun, atau pergi belajar juga dengan kawan-kawan tapi tak boleh ambil exam. Aaah! I become frustrated just thinking about it.
Secara jujurnya, sejak cuti sakit lebih 4 bulan disebabkan rawatan kanser yang dihidapi, semangat belajar seolah-olah luntur. Ummu yang dulu sangat suka belajar dan mengajar orang (ummu leader study group), dah tak rasa seronok lagi. Pernah rasa macam nak tukar bidang. Ambil nursing ke, jadi cikgu ke. Kadang-kadang sampai rasa nak berhenti belajar medik pun ada. Sebab dah lama sangat terlantar di hospital kot. Ntah la...Rasa berat sangat untuk kembali ke fakulti. Tapi jauh di sudut hati ni, ummu tahu apa yang ummu fikirkan masa tu bukanlah kehendak diri ummu yang sebenar. Haha. Kalau bagi tahu kawan-kawan batch ummu yang ummu boleh rasa 'malas' belajar mesti diorang tak percaya.
Fikir punya fikir, sampai pening kepala, akhirnya dapat buat keputusan.Ummu nak sambung belajar macam kawan-kawan ummu yang lain. Nak graduate sekali dengan mereka.Tapi ummu kena kuatkan semangat. Kadang-kadang rasa sedih datang juga, sebab ummu tak pernah gagal sebelum ini. I was an honour student dari time buat foundation sampai tahun 4. Always Allah bagi result exam among the best. Agaknya, kali ni Allah nak bagi ummu rasa apa perasaan orang yang gagal, betapa sukarnya nak bangkit semula selepas kegagalan. Dulu ummu bagi nasihat pada kawan-kawan yang gagal, untuk kuatkan semangat mereka teruskan belajar medik yang susah ni. Sekarang, ummu kena ingat balik kata-kata ummu pada mereka, It is now time to practice what I preach.
Alhamdulillah. Walaupun ummu terpaksa menggagalkan posting pertama (orthopedik), posting-posting akan datang ummu akan berusaha untuk cemerlang! Bermula dengan posting keduaku, pediatrik. Ingatlah, aku di universiti belajar kerana Allah..Kerana ini tanggungjawabku. Allah beriku aqal untuk berfikir. Allah beri peluang. Maka belajar ini adalah amanah Allah. Bukan lagi pilihan sesuka hati. Amanah kena buat dengan sebaik mungkin. Supaya nanti tak dipersoalkan di akhirat sebab tak laksanakan tanggungjawab dengan baik. Ummu kena belajar rajin-rajin, berusaha semaksima, supaya nanti bila dah graduate, boleh jadi seorang doktor yang berguna pada islam. Sekurang-kurangnya, bila tiba waktu umat islam memerlukan bantuan, walaupun ummu tak ada harta berjuta-juta nak infaq, atau ada kemahiran angkat senjata nak berjuang di medan perang, ummu ada kepakaran perubatan nak disumbangkan.
Impianku, suatu hari nanti, Allah kurniakan syahid padaku semasa berjihad di jalanNya.. Semoga kita semua dapat merasai nikmat syahid fi sabilillah..Ameen..
No comments:
Post a Comment