Wednesday, March 7, 2012

Gelombang Cinta yang diredhaiNya

Lamanya tak buka blog sendiri. kesibukan sebagai pelajar perubatan yang mendekati tahun akhir memang luar biasa. Alhamdulillah...akhirnya, dapat juga berpeluang duduk sebentar mencoret sesuatu di sini.

Tup tap tup tap, dah bulan Mac! Cepatnya masa berlalu, semakin hari semakin dekat kita dengan hari yang dijanjikan. Saat nyawa bercerai dari jasad ini. Saat nyawa kembali kepada penciptanya dan jasad yang ditinggalkan dimamah bumi. Ketika itu, tiada yang lebih bernilai kecuali redha Allah terhadap amalan kita di dunia. Persoalannya untuk adalah bersediakah kita? yakinkah kita akan kedudukan kita di sisiNya? adakah kita berada dalam kelompok yang selamat dari azab Allah. Ya Allah, kasihanilah kami yang mudah lupa padamu.. astaghfirullahal a'zim.. suamiku tercinta pernah menasihati, jadikanlah zikrullah sebagai sesuatu yg tidak lekang dari bibirmu..kerana kita manusia yang mudah lupa. Kadang-kadang kita buat dosa tanpa disedari. Maka beristighfarlah selalu, moga dosa-dosa kita yang tak dapat dihitung itu diampunkanNya...


Mmm..apa yang anda faham bila baca tajuk di atas? Huhu..^_^ tajuk hangat di kala usia 20-an ni. Terutama yang masih bujang single mingle. Sebenarnya, rasa terpanggil nak tulis sesuatu bila umu perasan makin hari makin ramai kawan-kawan satu batch, dan junior-junior di fakulti perubatan umu ni walimah. Alhamdulillah...syukur. Tandanya makin ramai ada kesedaran untuk memilih apa yang Allah redha. Dulu masa muda-muda, freshman lagi, tak pernah dengar pun ada orang kahwin masa belajar kat fakulti umu ni, walaupun dari kalangan senior. Mungkin sebab masa tu bilangan sikit, dan belum ada orang mulakan. Tapi bila mula sepasang senior pecah tradisi kahwin sesama batch di tahun tiga, semakin hari semakin ramai menuruti jejak langkah mereka.

Mungkin ada yang tak setuju. Tapi bagi umu, ia benar-benar adalah satu perubahan yang sangat  baik. Benarlah, perkahwinan datang dengan tanggungjawab dan ujiannya yang tersendiri dan umu bukan ahlinya nak membincangkan hal itu. Tapi coretan ini hanya sekadar perkongsian hati, dari pengamatan umu, dengan sedikit kefahaman yang ada, pada apa yang dilalui sendiri dan apa yang diperhatikan di persekitaran umu. Semoga sama-sama dapat ambil apa yang baik dan dipersilakan buang apa yang tak baik.

Perkahwinan tidak seharusnya ditakuti. Kerana dengan perkahwinan itu, disertakan pelbagai kebaikan. Bayangkan, dengan lafaz akad itu, apa yang haram pada kita dah jadi halal. Jika sebelum ini kita bergelumang dengan dosa, sama ada kita sedar atau tidak, [Dosa bukan zina je. yang tu memang terang-terangan la kan. Tapi, zina mata (usha orang yang kita minat tu), zina hati (YM, sms, bbm, FB, dan sebagainya...), dan perbuatan mendekati zina (berdating), juga adalah perbuatan yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah], dengan lafaz akad itu, segala yang berdosa itu menjadi ibadah yang mendatangkan pahala dan disukaiNya. Subhanallah...besarnya pahala mereka yang berkahwin, apabila insan yang dicintai itu halal baginya. Memandang si dia dengan rasa kasih, mengambil berat tentangnya, menggembirakannya, malah memegang tangannya.. membenihkan pahala...


Ujian yang datang bersama pernikahan memanglah lumrah kehidupan. Tetapi, menghadapi ujian itu dalam keredhaanNya, tentu jauh lebih baik dari kekal dalam dosa. Usah nafikannya, kerana fitrah manusia, akan rasa hendak mencintai dan dicintai. Bukankah sesuatu yang merugikan, jika hati kita rasa sesak merindui seseorang, tapi orang itu tidak halal bg kita? banding dengan rasa rindu pada seorang isteri atau suami yang berjauhan? Kerana kedua-duanya sangat berbeza natijahnya. Satunya mendatangkan dosa, satu lagi menambah pahala. Jika anda orang yang bijak, pilihlah yang terbaik untukmu.

Tapi, umu tahu tak semua mudah nak kahwin. Kekangan berada di sana sini. Mungkin hajat itu ada, tapi halangan keluarga, masalah kewangan, dan lain-lain membantutkan hasrat murni itu. Tapi yang penting,  seimbangkn usahamu dengan keadaanmu itu. Jika hati dah cinta, atau dah terlanjur melakukan dosa (dah ada couple, dah biasa dating2..), usahamu untuk keluar dari keadaan itu haruslah berganda-ganda. Usah biarkan diri kita terus menerus dalam dosa, tapi berusaha dan bertawakal padaNya. Allah akan mudahkan jalan hambanya yang menghendaki kebaikan. Ingatlah dan fahamilah, walaupun dah tunang, tunang kita itu masih belum halal untuk kita. Ada sebab kenapa orang tua-tua kata tunang lama-lama tak elok...sama je macam tak tunang. Ingat muka tunang, keluar dengan tunang, masih Allah tak suka. Hanya dengan akad sahaja menghalalkan perbuatan-perbuatan itu...

Terus meneruslah berdoa dan menangis di hadapanNya, di sepertiga malam, dan jauhilah perbuatan-perbuatan yang tak syara' tu. InsyaAllah, Allah mudahkan mereka yang menghendaki redhaNya...

Salam kasih dariku.

2 comments:

  1. Telah mengikuti blog ummu sejak disahkan menghidap kanser payudara mei 2012 lalu.. Sgt byk membantu.. Terima kasih atas tulisan yg sgt menarik..

    ReplyDelete
  2. Jazakillah khair Linda.. ^^ Alhamdulillah atas segalanya..

    ReplyDelete