Lamanya tak buka blog sendiri. kesibukan sebagai pelajar perubatan yang mendekati tahun akhir memang luar biasa. Alhamdulillah...akhirnya, dapat juga berpeluang duduk sebentar mencoret sesuatu di sini.
Tup tap tup tap, dah bulan Mac! Cepatnya masa berlalu, semakin hari semakin dekat kita dengan hari yang dijanjikan. Saat nyawa bercerai dari jasad ini. Saat nyawa kembali kepada penciptanya dan jasad yang ditinggalkan dimamah bumi. Ketika itu, tiada yang lebih bernilai kecuali redha Allah terhadap amalan kita di dunia. Persoalannya untuk adalah bersediakah kita? yakinkah kita akan kedudukan kita di sisiNya? adakah kita berada dalam kelompok yang selamat dari azab Allah. Ya Allah, kasihanilah kami yang mudah lupa padamu.. astaghfirullahal a'zim.. suamiku tercinta pernah menasihati, jadikanlah zikrullah sebagai sesuatu yg tidak lekang dari bibirmu..kerana kita manusia yang mudah lupa. Kadang-kadang kita buat dosa tanpa disedari. Maka beristighfarlah selalu, moga dosa-dosa kita yang tak dapat dihitung itu diampunkanNya...
Mmm..apa yang anda faham bila baca tajuk di atas? Huhu..^_^ tajuk hangat di kala usia 20-an ni. Terutama yang masih bujang single mingle. Sebenarnya, rasa terpanggil nak tulis sesuatu bila umu perasan makin hari makin ramai kawan-kawan satu batch, dan junior-junior di fakulti perubatan umu ni walimah. Alhamdulillah...syukur. Tandanya makin ramai ada kesedaran untuk memilih apa yang Allah redha. Dulu masa muda-muda, freshman lagi, tak pernah dengar pun ada orang kahwin masa belajar kat fakulti umu ni, walaupun dari kalangan senior. Mungkin sebab masa tu bilangan sikit, dan belum ada orang mulakan. Tapi bila mula sepasang senior pecah tradisi kahwin sesama batch di tahun tiga, semakin hari semakin ramai menuruti jejak langkah mereka.
Mungkin ada yang tak setuju. Tapi bagi umu, ia benar-benar adalah satu perubahan yang sangat baik. Benarlah, perkahwinan datang dengan tanggungjawab dan ujiannya yang tersendiri dan umu bukan ahlinya nak membincangkan hal itu. Tapi coretan ini hanya sekadar perkongsian hati, dari pengamatan umu, dengan sedikit kefahaman yang ada, pada apa yang dilalui sendiri dan apa yang diperhatikan di persekitaran umu. Semoga sama-sama dapat ambil apa yang baik dan dipersilakan buang apa yang tak baik.
Perkahwinan tidak seharusnya ditakuti. Kerana dengan perkahwinan itu, disertakan pelbagai kebaikan. Bayangkan, dengan lafaz akad itu, apa yang haram pada kita dah jadi halal. Jika sebelum ini kita bergelumang dengan dosa, sama ada kita sedar atau tidak, [Dosa bukan zina je. yang tu memang terang-terangan la kan. Tapi, zina mata (usha orang yang kita minat tu), zina hati (YM, sms, bbm, FB, dan sebagainya...), dan perbuatan mendekati zina (berdating), juga adalah perbuatan yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah], dengan lafaz akad itu, segala yang berdosa itu menjadi ibadah yang mendatangkan pahala dan disukaiNya. Subhanallah...besarnya pahala mereka yang berkahwin, apabila insan yang dicintai itu halal baginya. Memandang si dia dengan rasa kasih, mengambil berat tentangnya, menggembirakannya, malah memegang tangannya.. membenihkan pahala...
Ujian yang datang bersama pernikahan memanglah lumrah kehidupan. Tetapi, menghadapi ujian itu dalam keredhaanNya, tentu jauh lebih baik dari kekal dalam dosa. Usah nafikannya, kerana fitrah manusia, akan rasa hendak mencintai dan dicintai. Bukankah sesuatu yang merugikan, jika hati kita rasa sesak merindui seseorang, tapi orang itu tidak halal bg kita? banding dengan rasa rindu pada seorang isteri atau suami yang berjauhan? Kerana kedua-duanya sangat berbeza natijahnya. Satunya mendatangkan dosa, satu lagi menambah pahala. Jika anda orang yang bijak, pilihlah yang terbaik untukmu.
Tapi, umu tahu tak semua mudah nak kahwin. Kekangan berada di sana sini. Mungkin hajat itu ada, tapi halangan keluarga, masalah kewangan, dan lain-lain membantutkan hasrat murni itu. Tapi yang penting, seimbangkn usahamu dengan keadaanmu itu. Jika hati dah cinta, atau dah terlanjur melakukan dosa (dah ada couple, dah biasa dating2..), usahamu untuk keluar dari keadaan itu haruslah berganda-ganda. Usah biarkan diri kita terus menerus dalam dosa, tapi berusaha dan bertawakal padaNya. Allah akan mudahkan jalan hambanya yang menghendaki kebaikan. Ingatlah dan fahamilah, walaupun dah tunang, tunang kita itu masih belum halal untuk kita. Ada sebab kenapa orang tua-tua kata tunang lama-lama tak elok...sama je macam tak tunang. Ingat muka tunang, keluar dengan tunang, masih Allah tak suka. Hanya dengan akad sahaja menghalalkan perbuatan-perbuatan itu...
Terus meneruslah berdoa dan menangis di hadapanNya, di sepertiga malam, dan jauhilah perbuatan-perbuatan yang tak syara' tu. InsyaAllah, Allah mudahkan mereka yang menghendaki redhaNya...
Salam kasih dariku.
Journey of Faith
The life worth living...
Wednesday, March 7, 2012
Wednesday, November 2, 2011
Salam Aidil Adha..
Assalamualaikum para pembaca, apa khabar iman anda hari ini? Sama-sama kita perbaharui dan pertingkatkan...^_^
Alhamdulillah, kini tiba lagi musim haji.. Tak lama lagi raya haji, atau nama lain perayaan Aidiladha. Walaupun sedih tak dpt beraya dengan suami tercinta, setelah apa yang dilalui, ummu bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan hidup di dunia ini. Suami ummu alhamdulillah tahun ni berpeluang menunaikan haji buat kali ke-3. Ummu bila agaknya? huhu. Itulah beruntungnya suami belajar di tanah haram. Tiap-tiap tahun boleh tunaikan haji, dan bila-bila pun boleh tunaikan umrah. Semoga suamiku sentiasa di bawah pemeliharaanNya. InsyaAllah ummu pula akan mengunjungi baitullah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Doakan lah yaa...
Kali ini ummu ingin berkongsi dengan anda tentang fadilat Aidiladha. Dipetik dari sebuah blog ilmiah. Semoga bermanfaat.
AIDILADHA: MAKIN RAMAI MELUPAKAN FADILATNYA
Aidiladha yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.
Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."
Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.
Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.
Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.
Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)
Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.
Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.
Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.
Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.
Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.
Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.
Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.
Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.
Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)
Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah.
Wednesday, October 19, 2011
Aku belajar KeranaMu ya Rabb
Assalamualaikum semua..^_^
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 5 bulan berlalu sejak peristiwa yg mengubah hidupku. Kini dah selamat menyambung pelajaran. Walaupun pada mulanya berada dalam dilema, sama ada nak sambung belajar dan gagal satu posting (tak dapat ambil exam final posting sebab kehadiran <50%, MC dikira tak hadir dalam medical school), atau tangguh pengajian setahun. Ummu pilih sambung.Bak kata abah, "It is the fight that satisfies and keeps us alive, not by giving up." Biarlah dalam rekod umu ada gagal satu, dari umu duduk rumah tak buat apa-apa setahun, atau pergi belajar juga dengan kawan-kawan tapi tak boleh ambil exam. Aaah! I become frustrated just thinking about it.
Secara jujurnya, sejak cuti sakit lebih 4 bulan disebabkan rawatan kanser yang dihidapi, semangat belajar seolah-olah luntur. Ummu yang dulu sangat suka belajar dan mengajar orang (ummu leader study group), dah tak rasa seronok lagi. Pernah rasa macam nak tukar bidang. Ambil nursing ke, jadi cikgu ke. Kadang-kadang sampai rasa nak berhenti belajar medik pun ada. Sebab dah lama sangat terlantar di hospital kot. Ntah la...Rasa berat sangat untuk kembali ke fakulti. Tapi jauh di sudut hati ni, ummu tahu apa yang ummu fikirkan masa tu bukanlah kehendak diri ummu yang sebenar. Haha. Kalau bagi tahu kawan-kawan batch ummu yang ummu boleh rasa 'malas' belajar mesti diorang tak percaya.
Fikir punya fikir, sampai pening kepala, akhirnya dapat buat keputusan.Ummu nak sambung belajar macam kawan-kawan ummu yang lain. Nak graduate sekali dengan mereka.Tapi ummu kena kuatkan semangat. Kadang-kadang rasa sedih datang juga, sebab ummu tak pernah gagal sebelum ini. I was an honour student dari time buat foundation sampai tahun 4. Always Allah bagi result exam among the best. Agaknya, kali ni Allah nak bagi ummu rasa apa perasaan orang yang gagal, betapa sukarnya nak bangkit semula selepas kegagalan. Dulu ummu bagi nasihat pada kawan-kawan yang gagal, untuk kuatkan semangat mereka teruskan belajar medik yang susah ni. Sekarang, ummu kena ingat balik kata-kata ummu pada mereka, It is now time to practice what I preach.
Alhamdulillah. Walaupun ummu terpaksa menggagalkan posting pertama (orthopedik), posting-posting akan datang ummu akan berusaha untuk cemerlang! Bermula dengan posting keduaku, pediatrik. Ingatlah, aku di universiti belajar kerana Allah..Kerana ini tanggungjawabku. Allah beriku aqal untuk berfikir. Allah beri peluang. Maka belajar ini adalah amanah Allah. Bukan lagi pilihan sesuka hati. Amanah kena buat dengan sebaik mungkin. Supaya nanti tak dipersoalkan di akhirat sebab tak laksanakan tanggungjawab dengan baik. Ummu kena belajar rajin-rajin, berusaha semaksima, supaya nanti bila dah graduate, boleh jadi seorang doktor yang berguna pada islam. Sekurang-kurangnya, bila tiba waktu umat islam memerlukan bantuan, walaupun ummu tak ada harta berjuta-juta nak infaq, atau ada kemahiran angkat senjata nak berjuang di medan perang, ummu ada kepakaran perubatan nak disumbangkan.
Impianku, suatu hari nanti, Allah kurniakan syahid padaku semasa berjihad di jalanNya.. Semoga kita semua dapat merasai nikmat syahid fi sabilillah..Ameen..
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 5 bulan berlalu sejak peristiwa yg mengubah hidupku. Kini dah selamat menyambung pelajaran. Walaupun pada mulanya berada dalam dilema, sama ada nak sambung belajar dan gagal satu posting (tak dapat ambil exam final posting sebab kehadiran <50%, MC dikira tak hadir dalam medical school), atau tangguh pengajian setahun. Ummu pilih sambung.Bak kata abah, "It is the fight that satisfies and keeps us alive, not by giving up." Biarlah dalam rekod umu ada gagal satu, dari umu duduk rumah tak buat apa-apa setahun, atau pergi belajar juga dengan kawan-kawan tapi tak boleh ambil exam. Aaah! I become frustrated just thinking about it.
Secara jujurnya, sejak cuti sakit lebih 4 bulan disebabkan rawatan kanser yang dihidapi, semangat belajar seolah-olah luntur. Ummu yang dulu sangat suka belajar dan mengajar orang (ummu leader study group), dah tak rasa seronok lagi. Pernah rasa macam nak tukar bidang. Ambil nursing ke, jadi cikgu ke. Kadang-kadang sampai rasa nak berhenti belajar medik pun ada. Sebab dah lama sangat terlantar di hospital kot. Ntah la...Rasa berat sangat untuk kembali ke fakulti. Tapi jauh di sudut hati ni, ummu tahu apa yang ummu fikirkan masa tu bukanlah kehendak diri ummu yang sebenar. Haha. Kalau bagi tahu kawan-kawan batch ummu yang ummu boleh rasa 'malas' belajar mesti diorang tak percaya.
Fikir punya fikir, sampai pening kepala, akhirnya dapat buat keputusan.Ummu nak sambung belajar macam kawan-kawan ummu yang lain. Nak graduate sekali dengan mereka.Tapi ummu kena kuatkan semangat. Kadang-kadang rasa sedih datang juga, sebab ummu tak pernah gagal sebelum ini. I was an honour student dari time buat foundation sampai tahun 4. Always Allah bagi result exam among the best. Agaknya, kali ni Allah nak bagi ummu rasa apa perasaan orang yang gagal, betapa sukarnya nak bangkit semula selepas kegagalan. Dulu ummu bagi nasihat pada kawan-kawan yang gagal, untuk kuatkan semangat mereka teruskan belajar medik yang susah ni. Sekarang, ummu kena ingat balik kata-kata ummu pada mereka, It is now time to practice what I preach.
Alhamdulillah. Walaupun ummu terpaksa menggagalkan posting pertama (orthopedik), posting-posting akan datang ummu akan berusaha untuk cemerlang! Bermula dengan posting keduaku, pediatrik. Ingatlah, aku di universiti belajar kerana Allah..Kerana ini tanggungjawabku. Allah beriku aqal untuk berfikir. Allah beri peluang. Maka belajar ini adalah amanah Allah. Bukan lagi pilihan sesuka hati. Amanah kena buat dengan sebaik mungkin. Supaya nanti tak dipersoalkan di akhirat sebab tak laksanakan tanggungjawab dengan baik. Ummu kena belajar rajin-rajin, berusaha semaksima, supaya nanti bila dah graduate, boleh jadi seorang doktor yang berguna pada islam. Sekurang-kurangnya, bila tiba waktu umat islam memerlukan bantuan, walaupun ummu tak ada harta berjuta-juta nak infaq, atau ada kemahiran angkat senjata nak berjuang di medan perang, ummu ada kepakaran perubatan nak disumbangkan.
Impianku, suatu hari nanti, Allah kurniakan syahid padaku semasa berjihad di jalanNya.. Semoga kita semua dapat merasai nikmat syahid fi sabilillah..Ameen..
Sunday, September 25, 2011
Sabar dan Syukur
Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…
Segala puji buatMu ya Allah, atas segala nikmat yang telah kau kurniakan padaku. Kini aku sedar ya Allah, Setiap detik yang berlalu, setiap nafasku kini, adalah rahmatMu..
Astaghfirullahal a’zim…Astaghfirullahal a’zim.. Astahfirullahal a’zim…
Aku memohon keampunanMu ya Allah, atas dosa-dosaku... Dosa yang ku lakukan dalam sedar atau tidak..Sesungguhnya hambaMu ini amat lemah.. Jauhkanlah aku dari mengkufuri nikmatMu ya Allah..
Assalamualaikum w.b.t., salam rindu dari Ummu Atiyah. ^_^ Apa khabar semua pembaca? Setelah sekian lama menyepi tanpa entry baru, Ummu Atiyah kembali dengan semangat baru!
Alhamdulillah, sudahpun selesai menjalani rawatan chemotherapy terakhir bulan lalu. Kini hanya perlu follow-up dari semasa ke semasa untuk monitor level tumour marker di dalam darah saya. Cabaran kini adalah untuk ‘bangkit semula’. Kembali kepada kehidupanku dulu, kembali mencari diriku. Sudah tentu Ummu Atiyah sekarang tak sama 100% seperti Ummu Atiyah dulu. Apa yang telah berlaku selamanya akan meninggalkan kesan dalam jiwa. My only hope is that the experience would make me a better person and not otherwise.
Pengalamanku sebagai pesakit kanser banyak mengajar erti hidup di bumi Allah yang sementara ini. Betapa manusia ini sungguh kerdil. No matter how hard we try to plan our lives, in the end He is the absolute planner.
Sabar dan syukur. Dua perkara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupku sejak lima bulan yang lepas, dan pengalaman telah mengajarku erti sebenar kedua-dua perkataan ini.
Dulu aku pernah berjumpa orang yang diuji oleh Allah dengan ujian berat, aku telah memujuknya dgn kata-kata, “Sabarlah… Allah sayang anti, sebab tu Allah pilih anti untuk diuji. Allah nak bagi pahala lebih..”. Kini saat diri sendiri diuji, baru kusedari,bukan mudah mempraktikkannya bila yang diuji itu diri kita. Mudahnya menuturkan ‘sabar’ tapi mempraktikkannya amat sukar. Saat diri lemah, dan air mata tumpah tanpa dipaksa, teringat kembali kata-kata sabar yang kuucapkan pada orang lain… Lalu teringat maksud ayat hafazan satu ketika dulu;
“Wahai orang-orang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3)
Astaghfirullahal A’zim… segera diusapi air mata di pipi… Janganlah sampai dibenci tuhanmu wahai diri.. Kuingat kembali pesan umiku sayang, bila rasa sedih, banyakkan istighfar. Ingat kembali nikmat yang Allah dah beri pada kita dan syukurinya. Benarlah kata umi, kita selalu sedih atas apa yang Allah ambil dari kita, dan lupa untuk bersyukur dengan banyak lagi perkara lain yang Allah dah beri percuma. Yang Allah ambil tu pun hak Dia. Harta, pangkat, hinggalah nyawa ini milik Allah. Jadi aku hanya hilang nikmat kesihatan buat sementara. Tapi aku masih dilimpahi rahmat dan kasihNya, melalui ibu dan ayah yang sangat menyayangiku dan dikurniakan seorang suami yang mencintaiku… aku masih diberi akal yang sihat dan waras, masih mampu berjalan, melihat, mendengar…Masih ada peluang untuk sembuh. Mengingati kembali pemberian Allah inilah antara yang telah menjadi sumber kekuatan diri untuk terus sabar sepanjang diuji dengan rawatan chemotherapy yang begitu lama serta kesan-kesannya yang memeritkan.
Tidak lama setelah selesai chemotherapy, ujian seterusnya tiba. Suamiku harus pergi berjuang. Dia perlu kembali ke Madinah untuk menyambungkan pengajiannya dalam bidang syariah. Perkahwinan yang baru berusia sebulan lebih kini harus melalui ujian perhubungan jarak jauh. Allah sahaja yang tahu apa yang ada di hatiku saat menghantar si dia berlepas di lapangan terbang. Melihatkan bilik yang kosong, dan pakaiannya yang ditinggalkan, air jernih menitis kembali. Sekali lagi pesan umi menjadi peniup semangat. Mengingatkan diriku bahawa si dia pergi berjihad di jalan Allah. Saat merindui si dia, segera berdoa supaya Allah lindunginya, dan merahmati baitul muslim yang terbina hingga ke syurga. Berdoalah pada Allah supaya dia cemerlang dalam pelajarannya, dan dapat pulang dengan selamat. Itulah yang terbaik. Bukanlah sekadar menangisi pemergiannya yang sementara. Bersyukurlah mempunyai suami di bumi barakah, mampu mendoakanku.
Alhamdulillah… Ujian-ujian yang mematangkan. Aku yakin penyusunan Allah ini ada hikmahnya. Mungkin Allah sedang menyediakan aku untuk memikul tanggung jawab yang lebih besar dan berat selepas ini. Jadi jiwaku haruslah kuat. Dan ujian-ujian hidup ini mampu menguatkan jiwa dengan izinNya. Kini aku kembali menyambung pengajian yang masih berbaki dua tahun. Mohon doa para pembaca mengiringi perjuangan ini. Semoga hidup kita sentiasa dihiasi sifat sabar dan syukur…
Saturday, September 17, 2011
When you went away
When you first went away
A hole was left in me
Everything was not the way
Though I know it is destined
And you are where you should be
My heart still aches and bleeds
Coz you’re a part of me
But soon I realized
That we each have a mission
To complete, fulfill and abide
The responsibilities Allah had given
Now the world shall be a witness
Of a love story so grand and great
Coz we had chosen Allah as first
To save and protect our faith
So I’ll be waiting here, my dear,
Knowing I’ll see your smile
On the day that you appear
Coz you know that I am fine
By: Ummu Atiyah
For my beloved husband amirfathirah who is currently studying Syariah in Islamic University of Medina...May Allah protect you always...
Friday, September 16, 2011
Bring back your smile
The tempest has blown over,
Dark dreams have all died down.
It’s time to turn the four leaf clover
And rid you of that frown
That soars through heavens wide
Go spread your care and love
That your heart kept deep insideA precious gift to those who care
It tells us that you’re ready
To face the world out there
Take it slow and steady
Don’t rush back to the race
Be sure you’re fit and ready
Just fall in at your own pace
Fight back your inner fears
Even though it’ll take a while
Take back those dreadful tears
Bring back that cheerful smile
By: Abah
My dad wrote this poem for me when I was fighting post chemotherapy depression, one of the side effects that we initially had underestimated. It took me a while to overcome it, and still trying my best to find back myself, and perhaps a better person than before...I am blessed with a very loving and understanding family and friends.. Syukran everyone..
Saturday, July 30, 2011
Bawal Masak Kicap
Assalamualaikum dear readers. I would like to share with you this special recipe. This is the first dish that I cooked for my hubby since our marriage. It is one of his favorite dishes. Though I knew the basics of 'Masak Kicap' from observation of my granny's cooking and my mum's, and I tried a few times with chicken, I never actually cooked this particular dish (masak kicap with Ikan Bawal). So, I was really nervous of the results. Alhamdulillah, it turned out well and everyone loved it. Hope you can enjoy it too..(^_^)
Bahan-bahan
Bahan A
Ikan Bawal medium size - 2 ekor
Garam dan asam jawa utk mencuci
Kunyit serbuk - 1 sudu teh
Garam - 1 sudu teh
Minyak untuk menggoreng ikan
Bahan B (Tumisan)
Bawang putih - 5 ulas (diketuk)
Jintan putih - 1/4 sudu teh
Buah pelaga - 3 biji
Kulit kayu manis - 1
Bahan C (kisar halus)
Bawang besar - 2 ulas
Cili kering (direbus) - 6 tangkai
Sos tomato - 2 sudu besar
Kicap manis - 1 cawan
Bahan D
Cili Hidup merah - 3 tangkai (dibelah dua)
Bawang besar - 1 biji (Dipotong bulat)
Tomato segar - 2 biji (Dipotong empat)
Cara-caranya
1. Bersihkan ikan bawal. Caranya, siang ikan, kemudian lumurkan dengan garam dan asam jawa sebelum dibilas bersih.
2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, goreng hingga garing dan angkat, ketepikan.
3. Kurangkan minyak menggoreng ikan dalam kuali tadi sehingga tinggal secukupnya untuk menumis ( agak2 dalam 3 sudu besar), kemudian masukkan bahan B. Tumis hinggga naik bau.
4. Masukkan bahan C. Kacau sedikit sehingga mesra.
5. Masukkan bahan D. Masak sehingga tomato dan bawang lembut dan layu.
6. Masukkan ikan bawal tadi, dan gaulkan sebati. Kecilkan api sedikit, biarkan mendidih 2 minit. Tutup api. Biarkan ia mesra bersama, dalam 10 minit. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)